Jika anak kita….

Malam tadi semasa saya sedang membelek majalah untuk mencari bahan-bahan yang menarik, saya terbaca suatu artikel yang ditulis oleh Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar dari Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak NURY. Berfikir sejenak apabila selesai membaca apa yang ditulis beliau. Tersentuh hati keibuan saya apabila membacanya. Antara kata-kata nasihat beliau yang saya petik …..

•Jika anak hidup dalam kesabaran, dia belajar menjadi penyabar.
•Jika anak hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
•Jika anak hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
•Jika anak hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
•Jika anak hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri.
•Jika anak hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup.
•Jika anak hidup dengan ilmu, dia belajar memahami persekitarannya.
•Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar berdikari.
•Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
•Jika anak hidup dengan adab, dia belajar bersopan santun
•Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar membina maruah dirinya.
•Jika anak hidup dengan Al-Quran, dia belajar mengenali tuhan.
•Jika anak belajar dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
•Jika anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia ini tempat
memberangsangkan.
•Jika anak faham Al-Quran dan doa, dia faham apa itu Akhirat.

Tetapi…

•Jika anak hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
•Jika anak hidup dalam kekerasan,dia belajar melawan.
•Jika anak hidup dalam kta-kata sumpahan, dia belajar jadi pengecut.
•Jika anak hidup dalam iri hati, dia belajar salahkan orang lain.
•Jika anak hidup dalam menderita, dia akan belajar senang putus asa.
•Jika anak hidup dengan hukuman, dia akan belajar rasa benci dan dendam.
•Jika anak hidup dengan penghinaan, dia akan mrmbina maruah diri yang rendah.
•Jika anak hidup dengan air mata, dia akan menyeksa orang lain.

Jadi kesimpulannya mulakan hari dengan senyuman.Akhirkan hari dengan senyuman. Mulakan hari dengan solat.Akhirkan hari dengan solat.Mulakan hari dengan doa dan akhirkannya dengan doa juga.Sebagai ibu bapa ada 4 perkara yang boleh kita lakuakn apabila membuka mulut:
•Lafazkan rasa kasih sayang
•Tingkatkan silaturrahim
•Sampaikan ilmu baru
•Lafazkan kesyukuran.
Renungkanlah dan tanya pada diri “Siapa Aku”…..

2 comments:

saggieda said...

Mmg tersentuh la kak...Baru sedar yg diri nie dah terlalu byk mengabaikan....thanks 4 ur informasi...Hehehehe

duritisya said...

As a parents masih byk ruang2 yang kita perlu baiki...(mengingatkan diri sendiri juga)

Post a Comment