KOLIK


Bayi kami yang berusia lima minggu asyik menangis dan meragam sahaja. Kami diberitahu bahawa ini ialah kolik tetapi tiada siapa boleh menasihatkan kami apa yang perlu kami lakukan untuk menenangkan dia dan juga kami!

Written for BabyCenter Malaysia


Menjaga bayi baru lahir terutamanya bagi kelahiran pertama merupakan cabaran bagi mana-mana ibu bapa, tetapi jika bayi anda menghidapi kolik, ibu bapa baru akan berasa amat risau. Anda berasa susah hati bagi bayi anda, kecewa kerana anda tidak dapat membantunya, marah kerana anda sudah letih menenangkannya dan mudah menangis sebab kekurangan tidur .Ini mungkin bukan gambaran anda sebagai ibu bapa! Sepertimana yang diberitahu kepada anda kolik ialah label bagi pola tangisan yang tidak dapat dijelaskan pada bayi berusia di bawah tiga tahun yang sihat dan cukup makan. Walaupun kebanyakan bayi kecil kerap menangis tanpa sebab, terutamanya pada waktu awal petang, bayi yang menghidapi kolik menangis dengan lebih kerap daripada yang lain dan adalah sukar atau mustahil untuk ditenangkan. Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, kehidupan anda bagi minggu-minggu berikutnya akan menjadi lebih sukar. Anda akan mendengar banyak teori dan nasihat mengenai cara menghadapi bayi yang menghidapi kolik. Lambat laun bayi anda akan bebas daripada kolik, tetapi pada masa itu anda pasti sudah mencuba hampir semua cara untuk menenangkannya. Walau bagaimanapun, informasi mengenai punca kolik, jika berkaitan dengan bayi anda, boleh membantu anda melakukan apa yang sepatutnya.
Berikut adalah beberapa punca yang mungkin:

• Sistem saraf pusat bayi anda masih tidak matang dan tidak stabil dan bayi anda belum bersedia untuk menghadapi stimulasi yang tidak dijangka. Bayi ini mungkin kurang menangis jika dia dibedung atau diangkat dalam anduh atau dibuai dalam buaian. Bayi anda mungkin akan tenang apabila anda memperdengarkannya dengan bunyian atau vibrasi berterusan yang menghalang stimulasi lain, seperti membawa dia berjalan dalam kereta atau meletakkannya berhampiran peralatan rumah yang berbunyi. Bayi anda mungkin akan tenang jika dia menghisap puting atau jarinya atau jika anda mengurutnya dengan perlahan atau membawanya keluar berjalan di luar rumah.

• Sistem gastrousus bayi anda mungkin belum lagi tidak matang. Anda mungkin sedar bahawa bayi anda berangin atau sakit terutamanya selepas menyusu atau sebelum buang air besar. Jika dia berangin atau perlu sendawa dengan banyak, pastikan dia tidak menghirup udara dari botol dan selalu sendawakannya walaupun diamemakan susu badan. Jika dia terlalu berangin, pakar pediatrik anda mungkin menyarankan rawatan antispasmodik seperti Dentinox atau Colimix.

• Bayi anda mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya. Jika anda menyusui, anda boleh cuba menukar diet anda untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi anda. Anda tidak boleh mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. (Jika anda mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan diet anda masih mencukupi). Jika bayi anda minum susu formula, berbincang dengan doktor anda sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi anda apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.

• Bayi anda mungkin akan menjadi amat sensitif dan reaktif. Dia akan sukar ditenangkan kerana keperluan tidur dan makannya tidak menentu. Bayi yang sukar ditenangkan selalunya dilahirkan pra-matang beberapa minggu dan perlu menyesuaikan diri atau mungkin cuba untuk pulih dari kelahiran yang sukar. Bayi anda mungkin akan terus sensitif walaupun dia sudah pulih dari kolik. Jika dia kerap menangis dan sukar ditenangkan, ini akan meletihkan anda. Jika tiada apa yang berjaya dilakukan, anda mungkin merasakan bahawa perasaan anda adalah puncanya.

Anda perlu ingat bahawa kerisauan ibu bapa bukanlah punca kolik. Kolik boleh memberikan tekanan kepada ibu bapa dan ibu bapa yang stres akan dapati ianya lebih sukar untuk menenangkan bayi yang meragam. Jika anda mula berasa tertekan, anda perlu meletakkan bayi anda sementara waktu supaya anda boleh menenangkan diri anda. Berehat akan membantu anda dan bayi anda. Anda boleh membawa bayi anda berjalan supaya anda berdua boleh mengambil udara segar. Lebih baik lagi, anda minta bantuan daripada suami atau rakan anda untuk menjaga bayi untuk sementara waktu. Ambillah masa panjang untuk berrelaks sambil atau baring dalam bilik yang tenang. Beberapa jam rehat akan memberikan anda tenaga untuk menjaga bayi anda semula

Breath Holding Spell


Salam kepada semua pembaca.Hari ini saya ingin berkongsi mengenai suatu artikel yang tajuknya mungkin ada sesetengah orang pernah mendengarnya dan mungkin juga tidak. Ianya mengenai keadaan di mana seorang bayi apabila dia menangis dia akan menahan nafasnya dan akibat dari menahan nafas , bayi tersebut tidak sedarkan diri dalam jangkamasa kurang dari 1 minit.
Perkara ini terjadi kepada anak kedua saya. Kali pertama ianya berlaku sewaktu dia berumur 10 bulan.Dia terjatuh ketika bermain dan selepas menangis beberapa ketika dia terus tidak sedarkan diri.Kali kedua berlaku ketika itu dia sedang menangis sehingga suaranya tidak kedengaran.Selepas beberapa ketika dia terus pengsan.Apabila saya merujuk nya kepada pakar kanak-kanak , doctor mendiagnoskan anak saya mengalami “Breath Holding Attack”. Untuk lebih memahami apa yang dimaksudkan oleh Breath Holding Attack silalah baca artikel di bawah ini.Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah yg sama bawalah anak anda untuk pemeriksaan lanjut. Selamat membaca!!!


Breath-Holding Spells
What is a breath-holding spell?
A breath-holding spell is when your child holds his breath until he passes out. Breath-holding spells begin between the ages of 6 months and 2 years. They occur only while the child is awake.
During a breath-holding spell:
1)Your child may make 1 or 2 cries and then hold his breath until he becomes blue around the lips and passes out.
2)Your child may stiffen and may have a few twitches or muscle jerks.
3)Your child will breathe normally again and become fully alert in less than 1 minute.


What is the cause?
An abnormal reflex allows 5% of normal children to hold their breath long enough to pass out. It is not deliberate. These spells can be triggered by frustration, a fall, or something frightening.
Holding the breath (when frustrated) and becoming bluish without passing out is such a common reaction in young infants that it is not considered abnormal.


How long does it last?
Breath-holding spells usually occur from 1 or 2 times a day to 1 or 2 times a month. Children usually stop having breath-holding spells by the time they are 4 or 5 years old.
Breath-holding spells are not dangerous, and they don't lead to epilepsy or brain damage.


How can I take care of my child?
Treatment during attacks of breath-holding

These attacks are harmless and stop by themselves. Time the length of a few attacks, using a watch with a second hand.
1)During an attack, do not hold your child upright. Instead, he should lie flat. This position will increase blood flow to the brain and may prevent some of the muscle jerking.

2)Put a cold wet washcloth on your child's forehead until he starts breathing again. Don't start resuscitation or call a rescue squad--it's not necessary.

3)Also, don't put anything in your child's mouth because it could make him choke or vomit.


Treatment after attacks of breath-holding
1)Give your child a brief hug and go about your business. A relaxed attitude is best. If you are frightened, don't let your child know it.

2)If your child had a temper tantrum because he wanted his way, don't give in to him after the attack.


Prevention of injuries
The main injury risk of a breath-holding spell is a head injury. If your child starts to have an attack while standing near a hard surface, go to him quickly and help lower him to the floor.


What can I do to help prevent breath-holding spells?
Most attacks from falling down or a sudden fright can't be prevented. Neither can most attacks that are triggered by anger. However, some children can be distracted from their breath-holding if you intervene before they become blue. Tell your child to come to you for a hug or to look at something interesting. Ask him if he wants a drink of juice.
If your child is having attacks every day, he probably has learned to trigger some of the attacks himself. This can happen when parents run to the child and pick him up every time he starts to cry, or when they give him his way as soon as the attack is over. Avoid these responses. Frequent attacks can also be caused by anemia. If your child has a poor iron intake (eats few meats), ask your healthcare provider to check your child for anemia.


When should I call my child's healthcare provider?
Call during office hours if:
1)More than one spell occurs each week.
2)The attacks change.
You have other concerns or questions.
Caution: Call a rescue squad (911) if your child has a different kind of attack during which he stops breathing for more than 1 minute.

10 Langkah Anak Ceria (0-12 bulan)


10 Langkah Anak Ceria (0-12 bulan)

1. Cakap dan ketawa bersama.
Bercakaplah dengan bayi disulami dengan ketawa.Bayi merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.

2. Bergurau.
Geletek badannya.Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.

3. Panggilan manja
Panggil si kecil anda dengan panggilan manja seperti “sayang anak mama”.Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya.Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.

4. Pujian
Senyum dan puji bayi sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.

5. Mimik muka lucu.
Lakukan mimik lucu seperti bulatkan mata, mulut.Ini akan menarik perhatiannya.

6. Ciuman
Cium pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya ke atas.Cium di bahagian perutnya.Pasti dia akan merasa teruja.

7. Goyangkan kepala.
Goyang kepala ke kiri dan kanan sambil menyentuh tangan dan kakinya.Pasti dia akan merasa tenang dengan sentuhan anda.

8. Ba ba Cak
Si kecil memang sukakan permainan sebegini.Tambahan pula apabila dilakukan oleh orang yang dikenalinya.

9. Berikan Barang permainan.
Pilih warna yang terang dan menarik.Ini akan menceriakan si kecil.



10. Menari bersama bayi
Pasangkan muzik yang agak rancak.Dukung bayi dan pegang tangannya dan mula menari.Pergerakan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si bayi gembira.

Demam




Sudah hampir seminggu saya tak update artikel di dalam blog.Bukan apa banyak kerja yang perlu diuruskan dan yang paling utamanya menguruskan anak-anak. Lagi pun si kecil saya berumur setahun tu diserang demam. Tetapi Alhamdulillah disebabkan dia breastfeed so demamnya tak lama.Selepas 3 hari dia dah sembuh dan kembali aktif. So saya mendapat inspirasi kali ini untuk meletakkan artikel yang berkaitan demam.


Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan . Makrofaj iaitu sel “pembersih” dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan , memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.

Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi ; demam juga boleh diikuti dengan selsema,sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia, krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.

• Apakah suhu badan yang normal bagi seorang bayi

Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar. Sebab itu jika anda perasan bayi kebiasaanya akan mempunyai badan yang panas. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah Celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah Celcius pada waktu petang.

• Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?

Apa yang lebih penting untuk diperhatikan adalah bukan suhu badannya sahaja tetapi kelakuan bayi itu sendiri. Sekiranya suhu badan bayi tersebut meningkat kepada 38.9 darjah celcius tetapi dia aktif , masih mempunyai selera makan dan menyusu dengan baik maka tidaklah perlu dirisaukan sangat. Tetapi jika suhu badannya hanya 38.2 darjah celcius dan dia tidak aktif, tidak ada selera makan , meragam dan sukar untuk ditenangkan maka bawalah bayi untuk pemeriksaan lanjut.
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera atau bawa bayi anda ke hospital. Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.

• Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil. Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.

• Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah merawat demam:


Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye’s, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.

• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).

• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu – susu badan atau susu formula . Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.

• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

• Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.

• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.

Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.

Sumber artikel dipetik daripada laman web Babycentre.com.

Jaundis


Jaundis

Pasti ramai ibu bapa yang mengalami pengalaman bayi mereka diserang jaundis.Bunyinya seperti tidak merbahaya tetapi tanpa kita sedari ianya boleh menyebabkan kerosakan pada fungsi otak sekiranya tidak mendapat rawatan yang betul.Bagi pendapat saya sendiri saya kurang mempercayai rawatan alternative seperti memberi bayi minum susu kambing atau memandikan bayi tersebut dengan teh cina dan sebagainya. Perkara ini pernah terjadi pada anak saudara saya sendiri .Tahap bilirubinnya terlalu tinggi selepas dia dijangkiti jaundis selama seminggu. Doktor mengatakan dia bernasib baik kerana kami membawanya segera ke hospital.Jika tidak dirawat segera dia pasti akan mengalami kecacatan di bahagian otak.Alhamdulillah selepas menjalani rawatan selama 4 hari dan pemindahan darah dia pulih sepenuhnya.Semoga artikel di bawah ini dapat memberi sedikit panduan:-

• Apa itu Jaundis

Kebiasaannya kulit bayi akan berubah berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahirannya. Biasanya jaundis ini bukanlah suatu perkara yang perlu dirisaukan sangat.Tetapi adalah penting jika kita melihat tanda-tanda kekuningan ini pada bayi segeralah membawanya ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

• Punca Jaundis

Jaundis terjadi apabila seseorang bayi yang sihat mengandungi bilirubin yang berlebihan di dalam darahnya.Bilirubin ialah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi cenderung untuk mempunyai tahap bilirubin yang tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.Kadangkala ginjal mereka tidak dapat memetabolismakan bilirubin yang berlebihan itu.

• Apa terjadi apabila paras bilirubin tinggi

Kekuningan jaundis akan akan merebak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan lebih teruk lagi sampai ke jari-jari kaki. Kebiasaannya jaundis seperti ini tidak akan menyebabkan kerosakan pada bayi.Tetapi berbeza keadaannya jika bayi mengalami penyakit ginjal atau penyakit resus (ada kaitan dengan darah). Jika paras bilirubin terlalu tinggi bayi akan mengalami kerosakan sistem saraf.

  • Rawatan untuk Jaundis

Menyusukan bayi dengan lebih kerap.

Anda mungkin perlu kejutkan bayi dari tidur untuk menyusukannya. Bagi bayi yang menyusu badan tidak perlu di beri sebarang susu formula atau air kerana penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Rawatan Fototerapi

Sekiranya jaundis itu berada pada paras yang tinggi doktor akan menahan bayi anda di wad untuk mendapatkan rawatan lanjut. Rawatan fototerapi akan dijalankan. Bayi anda akan diletakkan di bawah lampu cahaya biru.Cahaya ini akan memecahkan bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan rawatan ini bayi akan cirit birit dan ruam.

Terapi Gentian Optik

Bayi akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus menembusi kulit bayi.Namun rawatan ini tidak efektif seperti rawatan fototerapi .Pengalaman menunjukkan bahawa rawatan ini menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang.Namun jika ada kombinasi keduanya rawatan ini akan menjadi lebih efektif.

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

• Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis?

Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya , dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda ; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan , hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap , caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

• Adakah jaundis berbahaya?

Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicteru.

Jika anak kita….

Malam tadi semasa saya sedang membelek majalah untuk mencari bahan-bahan yang menarik, saya terbaca suatu artikel yang ditulis oleh Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar dari Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak NURY. Berfikir sejenak apabila selesai membaca apa yang ditulis beliau. Tersentuh hati keibuan saya apabila membacanya. Antara kata-kata nasihat beliau yang saya petik …..

•Jika anak hidup dalam kesabaran, dia belajar menjadi penyabar.
•Jika anak hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
•Jika anak hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
•Jika anak hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
•Jika anak hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri.
•Jika anak hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup.
•Jika anak hidup dengan ilmu, dia belajar memahami persekitarannya.
•Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar berdikari.
•Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
•Jika anak hidup dengan adab, dia belajar bersopan santun
•Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar membina maruah dirinya.
•Jika anak hidup dengan Al-Quran, dia belajar mengenali tuhan.
•Jika anak belajar dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
•Jika anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia ini tempat
memberangsangkan.
•Jika anak faham Al-Quran dan doa, dia faham apa itu Akhirat.

Tetapi…

•Jika anak hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
•Jika anak hidup dalam kekerasan,dia belajar melawan.
•Jika anak hidup dalam kta-kata sumpahan, dia belajar jadi pengecut.
•Jika anak hidup dalam iri hati, dia belajar salahkan orang lain.
•Jika anak hidup dalam menderita, dia akan belajar senang putus asa.
•Jika anak hidup dengan hukuman, dia akan belajar rasa benci dan dendam.
•Jika anak hidup dengan penghinaan, dia akan mrmbina maruah diri yang rendah.
•Jika anak hidup dengan air mata, dia akan menyeksa orang lain.

Jadi kesimpulannya mulakan hari dengan senyuman.Akhirkan hari dengan senyuman. Mulakan hari dengan solat.Akhirkan hari dengan solat.Mulakan hari dengan doa dan akhirkannya dengan doa juga.Sebagai ibu bapa ada 4 perkara yang boleh kita lakuakn apabila membuka mulut:
•Lafazkan rasa kasih sayang
•Tingkatkan silaturrahim
•Sampaikan ilmu baru
•Lafazkan kesyukuran.
Renungkanlah dan tanya pada diri “Siapa Aku”…..


Belaian kasih

• Peluk anak setiap hari.Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan IQ melebihi kanak-kanak yang jarang dipeluk.
• Hargai permainan anak-anak.Mereka akan menghargai barang-barang anda juga.
• Jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman anda.
• Pandang anak dengan pandangan kasih sayang.Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka.
• Apabila berada di luar rumah bersiar-siar peganglah tangan mereka.Dengan melakukan ini mereka akan merasa bahawa mereka adalah penting dalam kehidupan anda.

MASALAH PEDIH ULU HATI SEMASA MENGANDUNG

HAMPIR 75% WANITA HAMIL AKAN MENGALAMI MASALAH INI.IANYA MERUPAKAN MASALAH BIASA DISEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN.BIASANYA PEDIH ULU HATI INI AKAN MENYEBABKANNYA PEDIH DIBAHAGIAN ATAS DADA (KADANG-KADANG MEREBAK KE LEHER), DI DALAM MULUT BERASA PAHIT KERANA ASID,PERUT TIDAK SELESA DAN SUKAR UNTUK MENELAN.PUNCANYA IALAH APABILA HORMON KEHAMILAN MENINGKAT OTOT-OTOT ESOFAGUS BAWAH AKAN MENGENDUR DAN MENYEBABKAN KANDUNGAN OERUT KEMBALI KE SALURAN MAKANAN.DISAMPING ITU TEKANAN DI BAHAGIAN ABDOMEN AKAN BERTAMBAH SEIRING DENGAN PEMBESARAN BAYI.INI MENYEBABKAN KANDUNGAN PERUT KEMBALI KE ESOFAGUS. BEBERAPA RAWATAN BOLEH DIGUNAKAN ANTARANYA:-

ANTASID
UBAT INI MERUPAKAN PELEGA YANG PANTAS TAPI KESANNYA TIDAK KEKAL LAMA.IA BERTINDAK MENEUTRALKAN ASID DALAM PERUT.TAPI ELAKKAN DARI MENGAMBIL SECARA BERLEBIHAN KERANA IANYA BOLEH MENYEBABKAN SEMBELIT.(ELAKKAN ANTASID YANG MENGANDUNGI SODIUM ATAU ALUMINIUM.

ALGINATE
TERHASIL DARIPADA RUMPAI LAUT COKLAT.IA TIDAK MENYERAP KE DALAM SALUR DARAH DAN TERBUKTI SECARA KLINIKAL DAPAT MELEGAKAN PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL.CONTOH FORMULASI YANG TERDAPAT ALGINATE IALAH GAVISCON.

• PENGHALANG H2, PENYEKAT PAM PROTON (PENGURANG ASID)
IA MENYERAP KE DALAM SALUR DARAH DAN AKAN MENGURANGKAN PENGHASILAN ASID DALAM PERUT.TAPI KAEDAH INI TIDAK DISYOR KEPADA WANITA HAMIL.


PANDUAN MENGELAK PEDIH ULU HATI

•ELAKKAN MAKAN COKLAT,BUAH-BUAH SITRUS,TOMATO,PRODUK BERASAKAN
TOMATO,CUKA,MAKANAN MENGANDUBGI PUDINA,BEREMPAH,BANYAK BAHAN
PERISA,BERGORENG DAN BERMINYAK.


•ELAKKAN MINUMAN MENGANDUNGI KAFEIN SEPERTI KOPI,TEHKOLA DAN
ALKOHOL.INI AKAN MENYEBABKAN ASID KEMBALI KE ESOFAGUS.


•AMALKAN MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP.

•MINUM AIR YANG BANYAK ANTARA 8-10 GELAS SATU HARI.NAMUN JANGAN
MINUM BANYAK SEWAKTU MAKAN.


•BIAR MINUM YANG PANAS SEJUK SEDIKIT SEBELUM DIMINUM.

•PAKAI PAKAIAN YANG LONGGAR DAN SELESA.

•KAWAL BERAT BADAN.BERAT BADAN BERLEBIHAN AKAN MEMBERI TEKANAN PADA
PERUT.


•LAKUKAN SENAMAN RINGAN SEPERTI BERJALAN KAKI.

•SOKONG BAHU DAN KEPALA DENGAN BANTAL SEMASA TIDUR.INI DAPAT
MENGEKALKAN KEDUDUKAN ASID DI DALAM PERUT.


•JANGAN STRES