Jaundis


Jaundis

Pasti ramai ibu bapa yang mengalami pengalaman bayi mereka diserang jaundis.Bunyinya seperti tidak merbahaya tetapi tanpa kita sedari ianya boleh menyebabkan kerosakan pada fungsi otak sekiranya tidak mendapat rawatan yang betul.Bagi pendapat saya sendiri saya kurang mempercayai rawatan alternative seperti memberi bayi minum susu kambing atau memandikan bayi tersebut dengan teh cina dan sebagainya. Perkara ini pernah terjadi pada anak saudara saya sendiri .Tahap bilirubinnya terlalu tinggi selepas dia dijangkiti jaundis selama seminggu. Doktor mengatakan dia bernasib baik kerana kami membawanya segera ke hospital.Jika tidak dirawat segera dia pasti akan mengalami kecacatan di bahagian otak.Alhamdulillah selepas menjalani rawatan selama 4 hari dan pemindahan darah dia pulih sepenuhnya.Semoga artikel di bawah ini dapat memberi sedikit panduan:-

• Apa itu Jaundis

Kebiasaannya kulit bayi akan berubah berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahirannya. Biasanya jaundis ini bukanlah suatu perkara yang perlu dirisaukan sangat.Tetapi adalah penting jika kita melihat tanda-tanda kekuningan ini pada bayi segeralah membawanya ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

• Punca Jaundis

Jaundis terjadi apabila seseorang bayi yang sihat mengandungi bilirubin yang berlebihan di dalam darahnya.Bilirubin ialah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi cenderung untuk mempunyai tahap bilirubin yang tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.Kadangkala ginjal mereka tidak dapat memetabolismakan bilirubin yang berlebihan itu.

• Apa terjadi apabila paras bilirubin tinggi

Kekuningan jaundis akan akan merebak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan lebih teruk lagi sampai ke jari-jari kaki. Kebiasaannya jaundis seperti ini tidak akan menyebabkan kerosakan pada bayi.Tetapi berbeza keadaannya jika bayi mengalami penyakit ginjal atau penyakit resus (ada kaitan dengan darah). Jika paras bilirubin terlalu tinggi bayi akan mengalami kerosakan sistem saraf.

  • Rawatan untuk Jaundis

Menyusukan bayi dengan lebih kerap.

Anda mungkin perlu kejutkan bayi dari tidur untuk menyusukannya. Bagi bayi yang menyusu badan tidak perlu di beri sebarang susu formula atau air kerana penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Rawatan Fototerapi

Sekiranya jaundis itu berada pada paras yang tinggi doktor akan menahan bayi anda di wad untuk mendapatkan rawatan lanjut. Rawatan fototerapi akan dijalankan. Bayi anda akan diletakkan di bawah lampu cahaya biru.Cahaya ini akan memecahkan bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan rawatan ini bayi akan cirit birit dan ruam.

Terapi Gentian Optik

Bayi akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus menembusi kulit bayi.Namun rawatan ini tidak efektif seperti rawatan fototerapi .Pengalaman menunjukkan bahawa rawatan ini menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang.Namun jika ada kombinasi keduanya rawatan ini akan menjadi lebih efektif.

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

• Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis?

Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya , dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda ; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan , hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap , caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

• Adakah jaundis berbahaya?

Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicteru.

0 comments:

Post a Comment